Music Player

Sunday, 13 November 2016

Manfaat Takaful





Melalui semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama peserta, amalan menyumbang dan kebajikan memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam dua bentuk keuntungan. Pertama, keuntungan daripada segi kewangan menerusi pelan Takaful itu sendiri. Kedua manfaat daripada segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru’. Sistem Takaful tidak hanya bermanfaat kepada muslim sahaja, malah memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.

Produk Takaful Peribadi
1.   Perlindungan
2.   Rumah Kediaman
3.   Kereta

Takaful Perlindungan

Produk ini akan membayar pampasan kepada anda bagi Kecederaan Tubuh Badan akibat kemalangan yang menyebabkan kecederaan sepenuhnya dan bebas daripada apa-apa sebab lain yang boleh mengakibatkan anda mengalami hilang keupayaan atau menyebabkan anda perlu menjalani rawatan perubatan, pembedahan dan berlakunya kematian. Pampasan ini akan dibayar kepada waris anda seperti yang dinamakan atau wakil diri anda yang sah. Selain daripada Perlindungan Takaful Biasa, terdapat juga produk PA yang lain seperti di bawah:

1.  Kembara Takaful
2.  Perdana Takaful
3.  Motorist PA Takaful

Rumah Kediaman
Produk ini memberi perlindungan kepada bangunan kediaman dan kandungan di dalamnya. Produk juga melindungi kerugian akibat daripada kerosakan kebakaran, kilat, letupan, banjir, paip pecah atau oleh apa-apa Peril yang dinyatakan dalam Sijil Takaful.

Kenderaan
Pelan ini menyediakan perlindungan terhadap liabiliti kepada pihak lain bagi kecederaan atau kematian, kerosakan harta pihak lain, dan kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran kepada kenderaan atau kecurian kenderaan anda. Antara produk Takaful kenderaan:

1.Takaful Kenderaan Peribadi
2.Takaful Kenderaan Komersial

Hetalia: Axis Powers - Taiwan