Melalui
semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama peserta, amalan menyumbang dan
kebajikan memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapat manfaat dalam
dua bentuk keuntungan. Pertama, keuntungan daripada segi kewangan menerusi pelan
Takaful itu sendiri. Kedua manfaat daripada segi rohaniah di mana para peserta
dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial
melalui kaedah Tabarru’. Sistem Takaful tidak hanya bermanfaat kepada muslim
sahaja, malah memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan
agama mereka.
Produk Takaful Peribadi
1. Perlindungan
2. Rumah
Kediaman
3. Kereta
Takaful Perlindungan
Produk ini akan membayar pampasan kepada anda
bagi Kecederaan Tubuh Badan akibat kemalangan yang menyebabkan kecederaan sepenuhnya
dan bebas daripada apa-apa sebab lain yang boleh mengakibatkan anda
mengalami hilang keupayaan atau menyebabkan anda perlu menjalani rawatan
perubatan, pembedahan dan berlakunya kematian. Pampasan ini akan dibayar
kepada waris anda seperti yang dinamakan atau wakil diri anda yang sah. Selain daripada Perlindungan Takaful
Biasa, terdapat juga produk PA yang lain seperti di bawah:
1. Kembara Takaful
2. Perdana Takaful
3. Motorist PA Takaful
Rumah
Kediaman
Produk ini memberi perlindungan kepada bangunan kediaman dan kandungan di dalamnya. Produk juga melindungi kerugian akibat
daripada kerosakan kebakaran, kilat, letupan, banjir, paip pecah atau oleh
apa-apa Peril yang dinyatakan dalam Sijil Takaful.
Kenderaan
Pelan ini
menyediakan perlindungan terhadap liabiliti kepada pihak lain bagi kecederaan atau kematian, kerosakan harta pihak lain,
dan kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran kepada kenderaan
atau kecurian kenderaan anda. Antara
produk Takaful kenderaan:
1.Takaful Kenderaan Peribadi
2.Takaful Kenderaan Komersial