Music Player

Monday, 25 July 2016

Pengenalan Insurans Hayat

Assalamualaikum..Im back today..
So today saya nak post tntg Pengenalan Insurans Hayat untuk krtas kerja saya..

 Kes insurans hayat pertama dikesan dalam tahun 1583 di England atas hayat William Gybbon. Ketiadaan statistik kemortalan menyebabkan polisi insurans hayat dikeluarkan untuk tempoh jangka pendek. Keadaan ini menimbulkan beberapa kelemahan utama dan diantaranya ialah:- 
• perlindungan selalunya tidak diberi apabila ianya sangat diperlukan;
 • premium cenderung untuk meningkat mengikut tempoh untuk menggambarkan peningkatan risiko yang ditanggung.
 Seiring dengan peredaran masa, jadual kemortalan yang boleh dipercayai berasaskan hayat mereka yang diinsuranskan telah diperolehi. Kaedah matematik telah dimajukan untuk membangunkan insurans hayat secara saintifik. Ini telah membuka jalan kepada Equitable Society mengeluarkan polisi insurans hayat dalam tahun 1762 berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-
• perlindungan akan diberi kepada sesiapa sahaja yang memenuhi syarat kesihatan pada permulaan kontrak dan meneruskan pembayaran premium;
 • setelah layak menerima perlindungan, bukti kesihatan seterusnya tidak diperlukan; 
• premium paras akan dikenakan sepanjang tempoh kontrak. Premium ini ditetapkan pada permulaan kontrak berdasarkan umur insured dan tempoh insurans yang diperlukan; dan 
• premium tambahan akan dikenakan untuk risiko pekerjaan khas dan risiko kesihatan sub-standard.
Apa yang mengkagumkan ialah kebanyakan prinsip ini masih digunakan sehingga kini. Kontrak insurans hayat moden boleh ditakrifkan sebagai sesuatu ‘yang memastikan pembayaran sejumlah amaun wang apabila berlaku kontingensi, atau beberapa kontingensi, bergantung kepada hayat seseorang’ [Fisher Young Actuarial Practice of Life Assurance, Cambridge University Press, 1971]. Urusniaga insurans hayat yang berdasarkan prinsip di atas menimbulkan beberapa masaalah teknikal dan pentadbiran. Dalam bahagian tertentu buku ini, kita akan membincangkan hal-hal teknikal dan pentadbiran yang dianggap penting untuk pengetahuan ejen insurans hayat.

No comments:

Post a Comment

Hetalia: Axis Powers - Taiwan