Music Player

Monday, 18 July 2016

Insurans Hayat


Insurans hayat adalah perlindungan yang membayar sejumlah wang kepada pemegang polisi atau penama sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada pemegang polisi, seperti kematian. Perlindungan ini juga ditawarkan dalam bentuk pelan takaful keluarga, sebuah pelan perlindungan untuk anda dan keluarga yang berlandaskan prinsip Syariah.

Lazimnya, tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih dari setahun. Ini bermakna bayaran premium secara berkala, sama ada bulanan, suku tahunan atau tahunan, perlu dijelaskan.

Risiko yang dilindungi insurans hayat adalah kematian dalam tempoh polisi, pendapatan semasa persaraan, penyakit, hilang upaya.

Membeli insurans hayat untuk diri sendiri atau mereka yang tersayang dapat membantu anda daripada segi kewangan ketika dalam kesusahan. Waris anda layak menerima sejumlah wang daripada polisi anda jika anda meninggal dunia. Anda juga boleh menerima pampasan ke atas sebarang kecacatan kekal yang menimpa anda.


Jenis-jenis polisi asas


-> Insurans bertempoh  : Polisi ini menawarkan perlindungan insurans untuk tempoh terhad sahaja. Wang manfaat dibayar hanya setelah kematian atau sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal semasa dalam tempoh polisi.

-> Insurans Hayat Seumur Hidup Polisi ini menawarkan perlindungan sepanjang hayat dan premiumnya dibayar seumur hidup anda. Wang manfaatnya, termasuk apa-apa bonus, akan dibayar setelah kematian atau sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.
-> Insurans EndownmenPolisi ini menggabungkan perlindungan dan tabungan. Wang manfaatnya akan dibayar pada akhir tempoh yang ditetapkan berikutan kematian atau jika anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal. Sekiranya anda masih hidup apabila polisi matang, anda akan mendapat wang berkenaan; jika sebaliknya, wang itu akan diberi kepada penama anda.
-> Insurans berkaitan pelaburan Premium anda digunakan untuk membeli perlindungan insurans hayat dan unit saham di dalam dana yang diurus oleh syarikat insurans hayat. Harga unit tersebut adalah berasaskan prestasi pelaburan dana yang diuruskan. Manfaat yang dibayar kepada anda atau penama anda bergantung kepada harga unit saham pada masa anda menyerahkan polisi atau apabila anda meninggal dunia.
-> Pelan anuiti hayatAnuiti ialah satu siri bayaran yang dibuat kepada anda sehingga anda meninggal dunia. Terdapat dua jenis anuiti iaitu anuiti serta-merta dan anuiti tertunda.
-> Perlindungan/‘rider’ tambahan 'Rider' ialah perlindungan tambahan yang dilampirkan bersama pelan insurans asas seperti endowmen atau seumur hidup. Ia memberikan anda fleksibiliti untuk memenuhi keperluan individu anda, seperti perlindungan terhadap kemalangan, hilang upaya atau masuk hospital. Anda diperlukan membayar premium tambahan.

No comments:

Post a Comment

Hetalia: Axis Powers - Taiwan